ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN LAMAN WEB/BLOGGER

Friday, October 31, 2008


Laman ini menjelaskan tentang animisme dalam solat muslim. kepada pembaca yang budiman saya menyarankan agar BERHATI-HATI DENGAN HURAIAN DALAM LAMAN TERSEBUT!!..Walaupun dalam laman tersebut dijelaskan sumbernya tetapi ianya tidak semestinya tepat dan kita boleh percaya bulat-bulat sebaliknya perlulah diusul periksa dan kajian yang mendalam terlebih dahulu. Perlulah diketahui juga bahawa dalam penulisan tersebut berlaku bias atau ketidakadilan dalam huraian tersebut kerana sumbernya adalah datang daripada yang bukan islam, dan memberi penjelasan menurut kefahaman beliau sahaja tanpa merujuk kepada ulama` islam itu sendiri , bahkan boleh jadi ianya sebagai suatu strategi musuh islam untuk meracuni pemikiran seterusnya menghancurkan akidah umat islam..

Laman ini membincangkan tentang serangan barat terhadap umat islam melalui isu wanita.Barat yang amat benci kepada Islam sejak dahulu lagi, telah gagal untuk mengalahkan kekuatan Islam secara fizikal. Sejak dari kesedaran ini, mereka mula mengkaji kekuatan Islam dimana akhirnya mereka mendapati bahawa perlu dilakukan serangan keatas umat Islam dari aspek ajaran Islam itu sendiri. Antaranya, tiga aspek utama yang sering dijadikan 'lubuk' serangan oleh para orientalis barat untuk mengelirukan umat Islam adalah isu jihad, poligami dan emansipasi wanita. Sebagai penaung ideologi kapitalis yang pragmatik dalam perjuangannya, kita perhatikan pula hari ini, Amerika, dalam serangan-serangan ideologinya keatas Islam, sering menggunakan tiga sendi utama - demokrasi, isu wanita dan akauntabiliti pemerintah umat Islam.Dalam serangan-serangan ini, isu wanitalah yang paling banyak memberi kesan keatas umat Islam sehinggakan kaum wanita yang terpengaruh dengan pemikiran barat ini secara sedar atau tidak telah menjadi proksi barat didalam 'perjuangan' mereka..untuk penjelasan yang lebih konkrit sila baca artikel tersebut dengan lebih terperinci.


Laman ini menbincangkan tentang ciri-ciri ajaran sesat dan langkah-langkah yang mereka gunakan untuk mempengaruhi orang lain untuk menjadi pengikutnya.Sebagaimana yang kita pernah lihat dikaca Tv atau corong radio isu berkaitan pencemaran akidah suci umat Islam bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Malah, pencemaran dan resapan ajaran sesat ke dalam sistem kepercayaan umat Islam di nusantara ini, telah pun berlaku sejak pengIslaman rantau ini lagi. Menurut H.O.K. Rahmat S.H. dalam bukunya Pencemaran Akidah Di Nusantara, pengaruh dalaman seperti kebudayaan dan kepercayaan asal pribumi seperti dinamisme dan animisme serta pengaruh luaran seperti unsur Hindu-Buddha, Yahudi, Kristian, Yunani Purba menjadi punca pencemaran kepada akidah umat Islam dewasa ini. Malahan dari sudut awal sejarah Islam juga, ajaran yang menyeleweng dari landasan Islam sebenar telah wujud pada zaman sahabat dan tabi`in dengan munculnya kumpulan-kumpulan seperti Khawarij, Syiah, Murjiah, Qadariyah, Jabbariyah, Muktazilah sebagaimana yang dinukilkan di dalam kitab al-Milal wa an-Nihal karangan as-Syahrastani. Pada masa kini, negara kita juga yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah sejak sekian lama, tidak dapat lari daripada menghadapi masalah yang sama dan mula dicemari dengan pelbagai ajaran sesat yang kebanyakannya bertopengkan ajaran tarekat-tarekat.

menangani isu semasa berkaitan akidah & penyelewengan (JAPAS & JAPPIS)



Laman ini menjelaskan tentang ajaran sesat di Malaysia. Hakikatnya Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul, Kitab, Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat. Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan. Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma serta daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam...walaubagaimanapun pengabaian terhadap masalah ini boleh menghancurkan akidah umat islam, dan akhirnya generasi yang akan datang sudah pasti mudah terkeliru dengan islam dan mudah pula terpengaruh dengan anasir-anasir sesat yang bertopengkan islam.

ancaman ajaran sesat (pdf )
senarai ajaran sesat yang telah diwartakan (pdf)
penjelasan oleh pemikir islam berkaitan ajaran sesat (video.flv)
contoh bentuk ajaran sesat( video.flv)

http://www.al-azim.com/masjid/seminar/pemantapan_aqidah/Ajaran%20Sesat%20Dan%20Bahayanya%20Terhadap%20Agama%20
Dan%20Negara.pdf

Huraian yang terdapat dalam format Pdf ini menjelaskan tentang ajaran sesat dan bahayanya terhadap agama, bangsa dan negara. Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya,kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan..untuk penjelasan yang lebih konkrit sila download artikel tersebut dalam bentuk format PDF pada laman URL atau klik pada gambar yang telah dipautkan di atas.


Laman ini membincangkan tentang menolak fahaman pluralisme. Langkah yang terbaik untuk menolak fahaman pluralisme itu adalah dengan memahami terlebih dahulu tentang skop dan konteks pluralisme itu sendiri. pemahaman yang menyeluruh akan menghindarkan daripada terkeliru dan terpengaruh dengan segala macam anasir yang bermotifkan pluralisme.Mempunyai perkaitan dengan laman P&P yang saya hasilkan kerana pluralisme merupakan suatu agenda yahudi untuk meracuni pemikiran serta memusnahkan umat islam dengan cara merosakkan benteng utama umat islam iaitu akidah mereka.


Laman ini membincangkan tentang islam dan fahaman pluralisme agama. seperti yang kita lihat hari ini pelbagai bentuk pendekatan atau program yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan yang dibarisi oleh golongan tertentu dengan bermotifkan kepada pluralisme agama atau melihat semua agama itu sebagai suatu kesatuan agama yang mempunyai nilai dan ciri yang sama. Hakikatnya pemahaman ini adalah secara jelas bertentangan dengan ajaran islam , kerana ianya umpama mengiyakan kewujudan agama lain serta menidakkan atau menafikan kesucian agama islam yang meyakini Allah s.w.t itu sebagai pencipta dan tuhan yang esa. maka perkara inilah yang perlu kita elakkan daripada berlaku seterusnya meracuni pemikiran generasi islam yang sedia ada dan yang akan datang.

Laman ini membincangkan tentang pluralisme sebagai agama atau budaya dan meninjau keduanya dari sudut perspektif islam.Gagasan Pluralisme Agama lahir dan muncul daripada fahaman "liberalisme politik" dan merupakan panduan dan landasan teori dalam teologi Kristien sekaligus merupakan gerakan reformasi pemikiran liberalisasi agama yang dilancarkan oleh Gereja Kristen pada abd ke 19 dalam gerakan "Liberal Protestantism".Dalam hal pluralisme agama, Islam memberikan kebebasan untuk memilih dan meyakini serta beribadah menurut keyakinan masing-masing. Pemilihan sebuah keyakinan merupakan pilihan bebas yang bersifat personal. Meskipun demikian , manusia diminta untuk memilih dan menegakkan agama fitrah. Meskipun Islam mengakui adanya pluralisme akan tetapi menolak idea pluralisme agama (kesatuan agama-agama). Toleransi dalam Islam tidak berarti wujudnya pluralisme agama. sebagai umat islam kita perlu memahami Pluralisme secara lebih jelas agar tidak terpengaruh dan tidak tersesat daripada landasan agama islam yang sebenar.

Thursday, October 30, 2008


Laman ini memebahaskan tentang pengaruh islam liberal.Dewasa ini , terlalu banyak perkara-perkara yang mengganggu gugat keharmonian dan kestabilan agama Islam dan masyarakat Muslim itu sendiri.Berbagai-bagai pertubuhan atau persatuan yang bernaung atas nama Islam dan sebagainya muncul dengan begitu banyak dan mempunyai pemahaman dan pemikiran yang berbeza-beza. Apabila ini berlaku , maka umat Islam akan terdedah kepada bahaya pemikiran dan pemahaman salah yang mana akhirnya akan menjerumuskan mereka ke dalam golongan berfahaman salah tersebut. Artikel ini akan membahaskan salah satu dari golongan yang mempunyai pemahaman dan pemikiran yang salah dan menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya dan golongan tersebut sedang rancak menyebarkan misi dakwah songsang mereka kepada masyarakat Islam Malaysia.Golongan ini yang dinamakan dengan nama ‘ISLAM LIBERAL’.


Laman ini membincangkan tentang pengaruh yahudi di AS. Sejak dahulu lagi, dunia menyaksikan konspirasi Amerika Syarikat dan Rejim Israel kepada perkembangan ideologi Zionisme dalam memperkuat kekuasaan Israel di kawasan Timur Tengah. Pembunuhan warga Palestin, serangan kian merebak ke Lebanon, perluasaan gudang senjata nuklear Israel, dan masalah-masalah lainnya adalah hasil persekongkolan Washington-Tel Aviv yang membahayakan situasi di kawasan tersebut.Zionisme yang merupakan sebuah gerakan politik itu, mengumumkan kewujudannya pada tahun 1897 bersamaan dengan bermulanya perang dunia pertama..baca artikel selanjutnya pada laman tersebut untuk penjelasan yang lebih konkrit..


Dominasi Zionisme Yahudi dalan dunia media massa begitu hebat kita rasakan, Seolah-olah kehidupan kita sekarang bagai dikepung oleh kekuatan Zionis internasional. Kita mengetahui sesuatu itu "salah", tetapi kita merasakan agak payah mendapatkan prasarana untuk menyalurkan pendapat agar suara kita boleh didengar atau idea kita dapat difahami ioleh semua pihak, Hal ini berpunca disebabkan puak zionis telah menguasai link media massa yang utama. Malangnya andai kata perkara ini dibiarkan berlaku dan tidak ditangani secara serius, kelak seluruh kekuatan umat islam akan lumpuh dek diracuni oleh pengaruh zionis dalam kotak minda umat islam. bahkan umat islam tidak mampu lagi menyalurkan suara jihadnya dalam menegakkan agama Allah.


Laman ini menjelaskan berkaitan perang zionis disebalik tipu daya dan strategi AS. Terbentuknya gerakan Zionisme Internasional sebagai salah satu sekte dalam mazhab Yahudi dapat disebut sebagai proses sejarah yang tragis dan tidak alami, serta patut disesalkan. Dewasa ini, segelintir orang Zionis menguasai modal yang sangat besar sehingga mereka menguasai sumber-sumber kewangan dan ekonomi di berbagai penjuru dunia. Kekuasaan besar yang mereka miliki itu dimanfaatkan untuk meraih berbagai kepentingan-kepentingan illegal kaum Zionis. sebagai umat islam kita perlu memahami apakah misi dan matlamat serta bagaimana mereka cuba menjayakan hasrat mereka, supaya kita terselamat daripada tipu daya mereka serta bebas daripada pengaruh dan penjajahan minda.


Laman ini membincangkan tentang perluasan pengaruh zionis. Hakikatnya dunia hari ini memperlihatkan bagaimana tragedi perang berlaku antara kaum yahudi , israel dengan umat islam di timur tengah , dengan alasan yang tidak munasabah disebabkan nuklear atau sebagainya golongan zionis yang dibelakangi oleh puak yahudi di US dan negara barat lain yang bersekongkol dengan mereka, cuba menceroboh kedaulatan negara-negara islam demi memenuhi hasrat utama mereka yakni menguasai dunia dan menghapuskan umat islam seluruhnya. Dalam masa yang sama mereka mengaburi mata umat islam dengan menguasai media dan menyebarkan informasi yang salah disamping menyadurkan kita dengan pelbagai bentuk hiburan supaya umat islam akhirnya tidak kisah dengan fenomena yang berlaku bahkan terperngaruh dengan mereka dan tidak bersatu, berjihad menentang mereka.


Laman ini juga menghuraikan tentang islam dan Hedonisme.Dalam membincangkan kerangka hedonisme, sudah pastilah unsur keseronokan dan kegembiraan merupakan intisari penting dalam aliran tersebut. Manusia dikatakan hidup bahagia apabila mereka mencapai klimaks keseronokan dan kegembiraan di tahap yang paling tinggi dan cuba mengelakkan elemen-elemen yang mendatangkan kesedihan dan kesukaran. Bagi mencapai objektif tersebut, dalam keadaaan tertentu manusia perlu bersikap pesimistik dan negatif. Sama ada manusia perlu bersikap positif atau negatif tidak menjadi persoalan, apa yang penting ialah mencapai tahap keseronokan dalam hidup. Justeru itu, tidak menjadi kesalahan sekiranya sesuatu tindak tanduk yang dilakukan dapat membantu seseorang mencapai hasrat dan matlamatnya. Contohnya, di Barat masyarakatnya bebas melakukan penyimpangan seksual (homoseksual dan lesbian).fahaman inilah yang akan merosakkan pemikiran umat islan disamping mampu menggugat pengangan agama mereka. Perlulah diketahui bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk mencapai kebahagian dalam hidup. Namun, kecenderungan yang berlebihan kepada kesenangan dan hiburan menjadikan menjadikan manusia alpa kepada tuhan dan lalai dengan tipu daya dunia.

Kewujudan budaya hedonisme iaitu budaya yang mengagungkan hiburan secara berlebihan menjadi keluh-kesah masyarakat dewasa ini. Apa itu hedonisme? Hedonisme ialah budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang lebih mementingkan hiburan dan kadang-kala menolak dominasi fahaman agama dalam pengamalan. Berasal dari istilah Greek, hedone yang bermaksud keseronokan, kelazatan dan kegembiraan. Budaya gilakan hiburan ini bermula di eropah selepas zaman Rainessence atau lebih mendalam lagi selepas pemerintahan Ratu Victoria. Menurut Yusuf Qardhawi, hedonisme moden dipelopori oleh golongan Hippies. Golongan ini mengamalkan ideologi kehidupan bebas tanpa bebanan dan batas. Akibat dari ideologi ini, mereka telah terpesong dalam gejala-gejala yang bertentangan dengan norma kehidupan seperti arak, seks bebas dan sehingga ke peringkat menolak agama.Hakikatnya budaya inilah yang cuba mendominasi pemikiran umat islam yang akhirnya akan memesongkan fahaman agama dan meletakkan diri mereka tersasar jauh dari landasan islam yang hakiki. nau`zubillahi min zalik...



Laman ini menyingkap disebalik pengaruh Hedonisme, yang kian mengancam umat islam. Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat.Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup. suatu yang jelas bertentangan dengan ajaran ilahi yang sewajarnya ditangani secara serius.

Laman ini membincangkan tentang tragedi pemikiran melayu. kepada pembaca yang budiman saya mengesyorkan agar membaca penulisan dalam laman tersebut kerana menjelaskan tentang bagaimanakah tragedi serta corak pemikiran orang melayu yang berubah kesan daripada pengaruh asing. saya rasa amat perlu untuk kita memahami bagaimanakah cara pemikiran orang melayu yang sebenarnya, agar kita sebagai pemuda-pemudi bangsa dapat memperbaiki dan menyelamatkan pemikiran orang melayu daripada dijajah, dipengaruhi atau dipermainkan oleh orang asing.


Laman ini membincangkan tentang salah faham terhadap agama islam. Lazimnya realiti yang berlaku dewasa ini, ramai yang "non-muslim" mahupun yang beragama islam sendiri kurang mengambil berat tentang ilmu agama, bahkan ada yang beranggapan bahawa ianya tidak penting berbanding ilmu-ilmu lain seperti sains, ilmu kedoktoran , ekonomi, fizik dan sebagainya . Rata-rata ilmu yang menjurus kepada material yang diburu oleh segelintir golongan manusia yang terlalu cintakan dunia. Maka golongan inilah yang menjadi jahil terhadap agama, bahkan ada pula yang tidak tahu agama tetapi bercakap mengenai agama dan hanya berlandaskan ilmu logik akal dan sains yang dipelajarinya dari barat tanpa mengambil kira pandangan yang bernas dari al-quran dan as-sunnah. Golongan inilah juga yang gemar mentafsir agama mengikut kefahaman mereka sendiri dan akhirnya menyesatkan lagi merosakkan pemikiran orang islam yang lain.


Laman ini membincangkan tentang bagaimana dan mengapa gejala sosial terjadi. Mempunyai perkaitan dengan laman P&P yang saya hasilkan kerana dalam laman ini diterangkan juga bahawa faktor yang mewujudkan gejala tersebut adalah berpunca daripada proses globalisasi dan modenasi. Hakikatnya globalisasi tidak hanya merujuk kepada globalisasi ekonomi sebaliknya ianya juga merentasi ke arah budaya dan pemikiran. oleh yang demikian tidak hairanlah pemikiran seseorang itu boleh berubah dan terpengaruh ke arah yang agak negatif dan bersikap kebaratan yang materialistik seterusnya meletakkan dirinya jauh daripada nilai-nilai islam yang luhur dan murni.

Laman ini membincangkan secara padat dan terperinci berkaitan idea, teras, nilai, peraturan, budaya serta cara hidup orang islam yang berpandukan al-quran dan as-sunnah. Hakikatnya islam telah menganjurkan suatu cara hidup yang sempurna lagi harmoni sebagai panduan kepada umat manusia seluruhnya. Andai kata manusia itu sentiasa berpegang teguh kepada keduanya nescaya mereka akan selamat dunia dan akhirat daripada segala bentuk ancaman ,dugaan , hasutan serta penjajahan minda atau pemikiran yang semakin meruncing dewasa ini sehingga manusia tidak lagi mahu bergantung kepada sumber wahyu ilahi tetapi sebaliknya lebih percaya kepada logik dan sains semata-mata. Huraian berkaitan budaya yang dijelaskan dalam laman ini mempunyai perkaitan dengan laman P&P yang saya telah hasilkan.

Monday, October 27, 2008

Laman ini membincangkan tentang akar pemikiran islam liberal. Di akhir abad keduapuluh Masehi, Umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri dengan nama Islam Liberal telah menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan ide-ide yang berani. Malangnya ianya bukanlah selari atau bertepatan dengan ajaran agama sebaliknya terpesong jauh daripada akidah dan syariat islam kerana mahukan islam itu menerima kemodenan ,kemajuan serta perubahan demi kepentingan manusia itu sendiri. fikirkanlah ..Apalah ertinya islam sekadar nama, tetapi kosong pada akidah dan perlaksanaan syariatnya, adakah kita ingin mempertuhankan Allah atau mahu mendewakan hawa nafsu.


Laman ini membincangkan tentang bagaimanakah pengaruh metadologi bible dalam pembelajaran al-Quran. secara personal saya tidak bersetuju apabila dikatakan bahawa perlunya cara pembelajaran al-quran meniru kaedah yang digunakan dalam metodologi Bible semata-mata untuk pembelajaran . sebaliknya saya lebih bersetuju jika dikatakan al-quran mempunyai kaedahnya yang tersendiri untuk belajar dan memahaminya tanpa merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh agama lain. Kita sendiri sebagai umat islam mempunyai ramai golongan ulama`, cendikiawan serta pemikir islam yang mampu menetapkan kaedah tertentu sebagai cara memahami al-quran sebagaimana kaedah yang pernah ditetapkan dalam resam uthmani oleh Abu Aswad Ad-Duali suatu ketika dahulu .Justeru adalah mustahil apabila dikatakan seharusnya meniru manhaj pembelajaran Bible.

http://www.radartimika.com/index.php?mod=article&cat=Opini&article=12512

Laman ini membincangkan tentang ancaman budaya barat terhadap budaya tradisional dan moral generasi muda. sebagaimana yang kita pernah lihat samada di kaca Tv atau dengar dari corong-corong radio ,orang barat sering dikaitkan dengan budaya hidup yang kurang bermoral seperti minum minuman keras , dadah , pergaulan bebas, seks rambang sebelum kahwin dan sebagainya lagi. malahan dalam budaya mereka, seseorang yang mempunyai citarasa yang tinggi terhadap sesuatu arak ditonjolkan sebagai memiliki taraf hidup yang labih tinggi. Malangnya budaya tersebut bukan sahaja berlaku dibarat tetapi telah mempengaruhi pemikiran segelintir masyarakat kita khususnya yang beragama islam. mari sama-sama kita renungkan..

Berikan Komen Anda Disini

Leave a Comment

 
Laman Pautan & Analisis Blog - Wordpress Themes is powered by WordPress. Theme designed by Web Hosting Geeks and Top WordPress Themes.
por Templates Novo Blogger