PERNYATAAN MASALAH

Sunday, November 30, 2008

Dalam pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran dalam laman web merupakan suatu pendekatan yang sangat memberansangkan serta berkesan kepada pelajar . walaubagimanapun tidak dapat dinafikan dalam konteks pembelajaran berasaskan web yang sebenar terdapat beberapa perosoalan serta permasalahan yang timbul, pelbagai isu boleh diketengahkan, antaranya sejauhmanakah suatu laman web atau blog itu memberikan penjelasan secara konkrit, bagaimana pula tahap kebolehpercayaannya, adakah ianya bersumberkan dari rujukan yang telah diiktiraf atau sebagainya. Lazimnya segala permasalahan ini akan memberikan kesan kepada pemahaman pelajar seandainya informasi atau maklumat yang diterima bersifat tiada kesahan atau kejelasan namun ditelan bulat-bulat tanpa sebarang penilitian yang terperinci hingga akhirnya melahirkan pelajar yang menyeleweng dari objektif pembelajaran yang sebenar. Oleh yang demikian permasalahan ini perlu diselesaikan dengan meletakkan satu penanda aras kepada pelajar untuk mereka menilai sesebuah blog atau laman web secara tepat dan mendapatkan segala maklumat yang sahih dengan tidak mengabaikan informasi yang bersifat batil. Justeru ,berdasarkan tinjauan literatur yang dibuat mencadangkan agar suatu standard pemikiran yang perlu diambil kira dalam proses penilaian pemikiran seseorang yakni menilai sejauh mana hasil penulisan yang ditulis oleh seseorang bedasarkan apa yang tersirat dalam mindanya disampaikan dengan betul, tepat terperinci serta boleh dipercayai . Paul (1995) merujuknya sebagai “ intellectual universal standard” . Menurutnya, pemikir yang efektif mestilah menggunakan standard tertentu untuk menilai pemikirannya. Beliau menyenaraikan sembilan kriteria yang boleh dijadikan asas dalam menilai penaakulan atau hasil pemikiran seseorang iaitu 1)kejelasan, 2)ketepatan, 3)keterperincian, 4)logik, 5)relevan, 6)mendalam, 7)luas 8) signifikan dan 9)adil. Menurutnya, seseorang itu boleh menilai hasil penaakulannya sendiri atau penaakulan orang lain berdasarkan kriteria-kriteria tersebut. Walaubagaimanapun memandangkan kajian yang dijalankan tertumpu kepada laman-laman yang lebih bersifat “Islamic” atau menerapkan ciri keislaman maka penyelia telah meletakkan satu lagi penanda aras iaitu “hikmah. Maka penambahan ini menjadikan bilangan kretiria pemikiran kritkal genap menjadi 10.

Seterusnya ,menerusi kajian yang berpandukan kepada kretiria yang telah ditetapkan di atas, maka pengkaji telah membuat pemerhatian disamping melakukan beberapa penilaian dan penelitian ke atas lima puluh (50) buah laman web yag sedia ada dengan tidak mengabaikan kesesuaian 10 kreteria standard pemikiran kritikal yang telah diterima sebagai piawai dalam penilaian sesuatu blog. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa hanya 17 buah laman web yang boleh digunakan dan diterima pakai sebagai rujukan, panduan atau bahan bacaan asas. Manakala sebanyak 36 buah lagi kurang sesuai atau tidak menepati piawaian yang sepuluh untuk digunakan oleh guru sebagai wadah ilmiah yang berupa bahan bantu mengajar , begitu juga bersesuian untuk ruang pembelajaran pelajar untuk memperkaya maklumat dan memperbaiki pemahaman berkaitan tasawur islam. Secara generalnya pengkaji mendapati beberapa kelemahan terhadap Sesutu laman web atau blog yang dibina . antaranya penjelsan yang kurang terperinci, tiadanya contoh-contoh untuk mengukuhkan penjelasan , tiadanya sumber rujukan , penggunaan kalimah yang sukar difahami sehingga mengelirukan pembaca serta sebagainya lagi. Justeru untuk melihat dengan lebih lanjut secara jelas berkaitan masalah tersebut, pengkaji telah membuat suatu analisis dan membina graf serta menyediakan satu jadual sebagaimana yang dapat dilihat melalui paparan di bawah.

Hasil kajian yang diperolehi setelah membuat analisis terhadap 50 laman web/blog

i. Kesesuaian laman web/blog secara keseluruhan setelah mengambil kira laman web atau blog yang menepati 80peratus kretiria yang telah ditetapkan.

Berdasarkan graf tersebut, secara keseluruhannya terdapat 17 blog yang mewakili 34 peratus yang boleh digunapakai sebagai bahan rujukan tamabahan untuk laman P&P yang dibina dan terdapat 33 laman web/blog lagi yang mewakili 66 peratus yang tidak menepati kretiria pemikiran kritikal yang sepuluh dan tidak sesuai untuk dijadikan rujukan kepada laman P&P pengkaji.

ii. Kesesuian laman web/blog setelah mengambil kira kretiria yang terlibat dengan menganalisis dan membuat jadual bagi setiap kretiria tersebut.



PENJELASAN BERDASARKAN GRAF BAR DI ATAS :

KEJELASAN (40/50) - 80%
-Maklumat yang disampaikan jelas
-Maklumat mudah difahami disebabkan penggunaan dan susunan ayat baik
-Tidak terdapat perkataan yang sukar untuk difahami
-Penerangan yang membawa contoh dengan mudah dan jelas
-Merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut dapat difahami dengan huraian atau penerangan yang jelas dan contoh-contoh yang dapat menerangkan penaakulan tersebut

KETEPATAN (36/50) - 72%
-Merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut bebas daripada sebarang ralat.
-Penaakulan tersebut sukar ditentukan sama ada ia benar atau tidak
-Ketepatan pada tahap sederhana
- Masih ada ralat walaupun sedikit
-Perlukan maklumat yang lebih tepat
-Kebenaran maklumat masih disokong oleh satu sumber yang benar
-Penulis atau pemilik laman web/blog tidak mengutarakan sumber rujukan secara jelas
-Namun, masih terdapat ketepatan maklumat yang boleh digunakan dan diambil kira

KETERPERINCIAN ( 27/50 ) - 54%
-Masih memerlukan maklumat yang lebih terperinci dan khusus untuk memudahkan kita memahami sesuatu
-Maklumat dihurai pada tahap sederhana
-Masih ada kekurangan dari segi pengolahan isi
-Perlukan penerangan yang lebih lanjut
-Masih tidak dapat menjawab semua persoalan melalui penerangan yang diberikan

LOGIK ( 46/50 ) - 92%
-Maklumat yang diberikan munasabah dan boleh diterima akal
-Terdapat keselarasan di antara perenggan pertama dengan perenggan terakhir
-Maklumat yang diperkatakan berdasarkan kepada bukti yang nyata

RELAVEN ( 49/50 ) - 98%
-Maklumat yang diberikan mempunyai perkaitan dengan isu yang dibincangkan
-Maklumat yang dinyatakan dapat membantu menangani isu tersebut

KEDALAMAN (13/50 ) - 26%
-Maklumat yang diberikan tidak mendalam
-Penerangan dan huraian yang kabur
-Perlukan penerangan yang lebih mendalam
-Maklumat yang diberikan tidak dapat menjawab persoalan yang ditanya

KELUASAN ( 20/50 ) - 40%
Maklumat yang dinyatakan tidak meluas dan sangat terhad
-Penerangan sangat ringkas
-Tidak mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan isu
-Perlukan penerangan yang lebih meluas lagi

KEPENTINGAN ( 48/50 ) - 96%
-Penulis mengetahui akan hakikat sebenar kepentingan dia menulis
-Penulis mempunyai matlamat yang jelas dalam penulisannya
-Penulis mengemukakan fakta-fakta yang penting dan berguna sahaja

KEADILAN ( 44/50 ) - 88%
-Maklumat yang diberikan tidak memihak kepada mana-mana pihak
-Maklumata bersifat umum dan global

HIKMAH ( 20/50 ) - 40%
-Penulis tidak menggunakan dalil Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan
-Berpandukan kepada teori dan akal semata-mata
-Maklumat becanggah dengan al-Quran dan hadis
-Menggunakan sumber yang tidak muktabar dan benar

0 Comments:

Berikan Komen Anda Disini

Leave a Comment

 
Laman Pautan & Analisis Blog - Wordpress Themes is powered by WordPress. Theme designed by Web Hosting Geeks and Top WordPress Themes.
por Templates Novo Blogger