Sunday, October 26, 2008
Laman ini membincangkan tentang pengaruh anime dan mangga di Indonesia. Sungguhpun penjelasan oleh penulis blog tersebut bias kepada negara Indonesia sahaja dan tidak berapa terperinci, namun ianya sesuatu perkara yang perlu kita fikirkan semula tentang bagaimana pula keadaan di Malaysia? adakah pengaruh tersebut sama sahaja, lebih teruk atau sebagainya.Hal ini kerana jika dilihat program anime dan fantasi yang ditayangkan dalam rancangan TV, seperti "Dragon Ball, Inuyusya, Naruto, Sailormon, Slam Dunk" dan sebagainya, fenomena tersebut semakin menjadi-jadi sehingga rancangan kartun atau anime itu bukan lagi digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa pun turut tergila-gilakanya, dan kadang-kadang ada yang sanggup pula habis beratus an ringgit semata-mata mahukan koleksi anime tersebut. sekalipun ramai yang beranggapan program anime tersebut hanya sekadar hiburan sahaja namun saya percaya ianya sesuatu yang lebih teruk dari itu.
0 Comments:
Post a Comment